BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, February 4, 2011

APABILA KAU INGIN BERTEMAN..




Apabila kau ingin berteman…
Janganlah kerana kelebihannya…
Kerana mungkin dengan satu kelemahan…
Kau mungkin akan menjauhinya…

Andai kau ingin berteman…
Janganlah kerana kebaikannya…
Kerana mungkin dengan satu keburukan…
Kau akan membencinya…

Andai kau inginkan sahabat yang satu…
Janganlah kerana ilmunya…
Kerana apabila dia buntu…
Kau mungkin akan memfitnahnya…

Andai kau inginkan seorang teman…
Janganlah kerana sifat cerianya…
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan…
Kau mungkin akan menyalahkannya…

Andai kau ingin bersahabat…
Terimalah dia seadanya…
Kerana dia seorang sahabat…
Yang hanya manusia biasa…
Jangan diharapkan sempurna…
Kerana kau juga tidak sempurna…
Tiada siapa yang sempurna…
Kerana itu bersahabatlah kerana Allah…

Wednesday, February 2, 2011

::DASYAT NYA DOA ORANG YG TERANIAYA::


Amin Ya RabbaL Alamin~

Aku juga akan doakan orang yang sentiasa menganiaya aku selama ni,,semoga kau berubah~
U did ,, U got it !!! CASH & CARRY UNTUKMU WAHAI SAHABAT~~

Berhati-hatilah terhadap doa orang yang teraniaya. Diantara dirinya dengan Tuhan tidak ada hijab. Sumpah, cacian dan kata-katanya adalah doa yang didengar Allah. Allah berfirman dalam hadits qudsi: "Demi kemuliaan-Ku, Aku akan tolong orang yang teraniaya itu dalam waktu dekat."

Peringatan buat Anda. Jangan sekali-kali menganiaya orang lain, baik dengan kata-kata maupun tindakan, baik dalam bentuk perampasan kehormatan maupun perampasan kepemilikan, sekecil apapun. Berikan hak orang sebagaimana mestinya. Karena orang yang Anda aniaya itu akan dibela Allah, sekalipun tidak seagama dengan Anda. Allah tidak rela ada penganiayaan di muka bumi.
"Aku telah mengharamkan kezaliman pada diri-Ku, maka janganlah kalian melakukan kezaliman," demikian firman Allah dalam hadits qudsi.

Bukti balasan dikabulkannya doa orang yang teraniaya sudah cukup banyak terjadi, dari zaman dahulu hingga zaman sekarang ini. Mengapa doa para nabi sangat dahsyat? Karena para nabi adalah orang-orang yang dizalimi oleh kaumnya. Mengapa orang sekelas Prita Mulyasari mendapat simpati begitu besar dari penduduk negeri ini? Karena dia dizalimi oleh orang-orang yang merasa lebih mampu dan kuat secara finansial. Mengapa ada seseorang yang tadinya hebat dan sukses tiba-tiba menjadi bangkrut dalam waktu singkat? Karena dia menganiaya orang yang selama ini membantunya. Silakan membaca buku ini, hati Anda akan terketuk untuk berbuat sebaik-baiknya kepada orang lain. Ingatlah bahwa berbuat aniaya akan mendatangkan kehancuran, dan berbuat baik akan mendatangkan keberuntungan. Rasulullah berpesan:
"Tolonglah saudaramu yang menganiaya dan saudaramu yang teraniaya." Menolong orang yang menganiaya yaitu dengan mencegahnya dari berbuat aniaya.

Takutlah Engkau Dengan Doa Orang Teraniaya, Kerana Di antara Dia Dengan ALLAH Tidak Ada Tabir Batasnya........