BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, May 31, 2010

KENALI MARAH DAN NAFSU

Imam Ghazali memberikan contoh tentang sifat marah dan mengikut kemahuan hawa nafsu yang menjadi satu daripada punca besar keburukan akhlak seseorang. Sebenarnya kedua-dua tabiat ini boleh dikawal dan dikendalikan dengan melatihnya sedikit demi sedikit. Bahkan agama memang menyuruh manusia berbuat demikian.

Hawa nafsu dan sifat pemarah itu wajib dikawal dan dikendalikan. Salah satu cara yang dianjurkan oleh agama ialah dengan selalu berpuasa. Untuk menundukkan kedua-dua sifat itu manusia perlu berjuang, sama tarafnya dengan berjuang dalam peperangan jihad. Allah SWT akan memberi ganjaran yang besar terhadap sesiapa yang berjaya dalam perjuangan ini. Sebaliknya mereka tidak berjaya dan hidup dengan menurut kehendak hawa nafsu, tidak kira halal dan haram. Maka akan dibalas dengan azab seksaan yang tidak terperi sakitnya.

Walau bagaimanapun seperti yang diterangkan di atas, nafsu, syahwat dan marah itu ada tempatnya yang memberi faedah kepada manusia. inilah tujuannya Allah SWT memberikan kedua-dua sifat itu. Misalnya manusia mempunyai nafsu untuk makan, maka ia mestilah ditunaikan kerana jika putus makanan maka manusia itu akan mati. Tetapi cara menyediakan makanan dan makan itu hendaklah sederhana sahaja, jangan berlebih-lebihan. Firman Allah dan Surah al-A'raf ayat 31 yang bermaksud: .."Dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau-lampau: sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas".

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Makanlah serta minumlah dan bersedekahlah dan juga pakailah (pakaian yang baik-baik serta berhiaslah) asalkan jangan kerana bermegah-megah dan menyombong diri, dan jangan pula melampau-lampau, kerana Allah suka melihat kesan nikmat-nikmat Nya kepada hambanya".

Kesimpulannya, tujuan dikawal hawa nafsu bukanlah hendak mencabutnya sama sekali dari akar umbinya atau menghapuskannya dari tubuh manusia yang dituntut hanyalah untuk mengembalikannya ke tempat yang benar dan sederhana. Sifat marah misalnya, dituntut agar tahu mempertahankan diri, jangan sampai mendiamkan diri atau terlalu pengecut walaupun diri atau umat Islam seluruhnya diancam dan dimusuhi, demikian juga jika hhukum-hukum agama dipersenda dan dicabuli. Sabar ada batasannya. jangan sampai dipijak. jangan sampai maruah dijatuhkan.

Dalam hubungan ini, Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sebenarnya aku ini seorang manusia. Aku marah seperti mana manusia marah (Hadis Riwayat Muslim dan Anas)

Dalam usaha melatih diri untuk mengawal hawa nafsu, kadang-kadang nafsu syahwat itu dapat menguasai jiwa manusia sehingga akal yang sempurna pun terlepas daripada mengendalikannya, tidak terdaya untuk menahannya daripada melakukan perkara-perkara yang keji atau maksiat. Tetapi apabila ia segera menyedari keterlanjurannya itu lalu bertaubat dan berazam untuk kembali kepada yang benar, maka insya Allah ia akan berjaya dan budi pekertinya akan berubah semula kepada yang baik dengan izin Allah.

Thursday, May 20, 2010

BILA HATI BERBICARA,,

Salam kepada semua,

adakah kamu semua pernah mendengar hati kamu berbicara?? sudah tentu pernah kan,,
berbicara tentang apa? banyak,,,
bila kita sedih, kita semua tentu akan menangis dan berbicara dengan hati sendiri. Apa yang dibicarakan semuanya lahir secara benar.
Disaat itu akan timbul banyak persoalan dan penyesalan,,
" andai aku tau,,aku tak perlu teruskan "
" sampai hati dia buat aku macam ni "
Itulah ayat yg sentiasa dibicarakan dalam hati kita kan,,,,
ermmmm,,,, Hati kita sentiasa berkata benar, walaupun kadang2 mendesak kita untuk bercakap bohong..

Tapi seberapa banyak kah diantara anda semua yang suka berbicara dengan hati sendiri?
Saya??? sudah tentu suka berbicara dengan hati sendiri,,, kerana itu lebih baik dari kita berbicara dengan insan yang tiada hati dan perasaan,,
Siapa mereka tu???
Sudah tentu orang disekelilig kita kan,,,

Dikala kita suka bergembira, semua rakan baik berada disisi kita,ingin menumpang kegembiraan lah konon. Kita pulak sebagai rakan "layankan jaaa" kerana mereka rakan kita. Tapi bila kita dihimpit kesusahan dan kesedihan? Siapa yang sudi dekat dengan kita? Tiada siapa,,,,,,
Itukah yang dipanggil rakan? Bukan ,,,
" kalau aku susah takde sape nk tolong "
" hermmm,,,dlu aku senang, semua nak kawan ngan aku "
itukan ayat yang terlintas dihati kamu kan,, betul,,

Kenapa mesti berbicara , berbual, dan berborak dengan hati kamu sendiri? Kenapa kamu taknak luahkan saja??
" Itu lebih baik kawan,,, Malas lah nak panjang cerita,,, "